Selasa, 18 September 2012

just relaxing....(^_^)

ok... arini kita takde nak belajar tentang fakta-fakta sangat... mungkin suma dah rasa tepu dengan macam2 jenis gambar dan video, cerita-cerita, dan sebagainya... jadi kat sini, apa kata kita relax dan main beberapa jenis game yang disediakan...

mudah saja caranya... klik saja link di bawah ini... best... try la....

http://www.kidscom.com/cgi-bin/Animalgame/animal.pl

atau bleh cuba yang ini jugak....

http://www.myanimalgames.com/

and lastly, ada ikan di bawah ni... pleaseeeee feed the fish.....

Ahad, 16 September 2012

Haiwan Membiak?? Untuk Apa?? Macam Mana?

so... kita masuk kepada perbincangan mengenai pembiakan haiwan... *macam serius je bunyinya* hehehe....
ok lah... kalau kita kata tentang pembiakan, mesti yang terlintas dalam fikiran kita, ada baby (anak) yang baru lahir kan?? kan??

yess.... bila sebut tentang pembiakan haiwan, secara langsung kita akan bercerita mengenai anak-anak haiwan yang baru lahir.... dan juga yang baru menetas *daripada telur la tu...*

ok2... sekarang kita dah tau, haiwan membiak melalui dua cara, iaitu sama ada melalui bertelur atau melahirkan anak....

jadi, kat bawah ni, ada beberapa ekor haiwan... agak2 la, apakah cara mereka membiak?

ayam

penyu

ikan

ular


yess!!! mesti ramai yang dah tau kan... mestilah haiwan-haiwan di atas ni............BERTELUR!!! Pandai!!

kalau macam tu, haiwan kat bawah ni macam mana pulak?

harimau

zirafah

beruang panda

orang utan

dah tau kan jawapannya? of course.... haiwan2 ini membiak dengan cara MELAHIRKAN ANAK....

jadi, persoalannya sekarang, kenapa haiwan ini perlu membiak?? jeng3x!!! *surprise tak?*

mudah sahaja... haiwan-haiwan ni hendak mengekalkan kemandirian spesiesnya... tujuan mengekalkan kemandirian spesies agar spesies mereka tidak pupus di muka bumi ini... dalam kata lain, haiwan ini hendak mempunyai waris yang akan tinggal di atas bumi.... macam kita (manusia) jugak kan... mak melahirkan kita supaya kita dapat terus hidup di muka bumi.. kita pulak nanti akan melahirkan anak *bagi perempuan laaa...* untuk memastikan kemandirian spesis kita....

erm.... ada satu kemusykilan....

tgk gambar ni....


apakah nama haiwan ini? bagaimanakah cara ia membiak?








saya tinggalkan anda dengan persoalan di atas... ada masalah, kita berbincang ya...

diingatkan di sini, kita jangan kedekut ilmu tau... kongsilah pengetahuan dengan kawan kita... till next time...

Rabu, 12 September 2012

Induk dan Anak2

hello.... dah sampai kita kepada post yang seterusnya.... mulai skrg, kita akan mula mengkaji serba sedikit mengenai pembiakan haiwan... sebelum kita pergi lebih jauh lagi, mari kita uji pengetahuan kita mengenai haiwan dahulu... takpe... kalau tak tahu, kita boleh cuba.... kita main suai gambar pada hari ini tau...

caranya mudah je... kita cuba padankan anak-anak haiwan yang diberi, dengan gambar induknya.... cuba suaikan dulu ya... baru kita tengok jawapannya di bawah...

Anak-anak Haiwan

Gambar 1
Gambar 2

Gambar 3
Gambar 4
Induk Haiwan

Gambar A
Gambar B
Gambar C

Gambar D


dah dapat jawapannya? mudah ja kan? ok... jawapan kat bawah ni:

Gambar 1 - Gambar B
Gambar 2 - Gambar C
Gambar 3 - Gambar A
Gambar 4 - Gambar D

kalau anda hebat, sila berikan nama kepada semua haiwan yang dinyatakan dalam setiap gambar tu... try la ya.. tak tahu, boleh tanya pada guru atau ibu bapa...

okay lah... sampai sini dulu untuk hari ini... nanti kita akan berbincang bagaimana haiwan-haiwan di atas membiak ya... baca-bacalah dulu kalau sempat ya...

ingat... kalau dah tau ni, banyak-banyakkan berkongsi dengan kawan-kawan tau..... jumpa lagi...