Selasa, 18 September 2012

just relaxing....(^_^)

ok... arini kita takde nak belajar tentang fakta-fakta sangat... mungkin suma dah rasa tepu dengan macam2 jenis gambar dan video, cerita-cerita, dan sebagainya... jadi kat sini, apa kata kita relax dan main beberapa jenis game yang disediakan...

mudah saja caranya... klik saja link di bawah ini... best... try la....

http://www.kidscom.com/cgi-bin/Animalgame/animal.pl

atau bleh cuba yang ini jugak....

http://www.myanimalgames.com/

and lastly, ada ikan di bawah ni... pleaseeeee feed the fish.....

Ahad, 16 September 2012

Haiwan Membiak?? Untuk Apa?? Macam Mana?

so... kita masuk kepada perbincangan mengenai pembiakan haiwan... *macam serius je bunyinya* hehehe....
ok lah... kalau kita kata tentang pembiakan, mesti yang terlintas dalam fikiran kita, ada baby (anak) yang baru lahir kan?? kan??

yess.... bila sebut tentang pembiakan haiwan, secara langsung kita akan bercerita mengenai anak-anak haiwan yang baru lahir.... dan juga yang baru menetas *daripada telur la tu...*

ok2... sekarang kita dah tau, haiwan membiak melalui dua cara, iaitu sama ada melalui bertelur atau melahirkan anak....

jadi, kat bawah ni, ada beberapa ekor haiwan... agak2 la, apakah cara mereka membiak?

ayam

penyu

ikan

ular


yess!!! mesti ramai yang dah tau kan... mestilah haiwan-haiwan di atas ni............BERTELUR!!! Pandai!!

kalau macam tu, haiwan kat bawah ni macam mana pulak?

harimau

zirafah

beruang panda

orang utan

dah tau kan jawapannya? of course.... haiwan2 ini membiak dengan cara MELAHIRKAN ANAK....

jadi, persoalannya sekarang, kenapa haiwan ini perlu membiak?? jeng3x!!! *surprise tak?*

mudah sahaja... haiwan-haiwan ni hendak mengekalkan kemandirian spesiesnya... tujuan mengekalkan kemandirian spesies agar spesies mereka tidak pupus di muka bumi ini... dalam kata lain, haiwan ini hendak mempunyai waris yang akan tinggal di atas bumi.... macam kita (manusia) jugak kan... mak melahirkan kita supaya kita dapat terus hidup di muka bumi.. kita pulak nanti akan melahirkan anak *bagi perempuan laaa...* untuk memastikan kemandirian spesis kita....

erm.... ada satu kemusykilan....

tgk gambar ni....


apakah nama haiwan ini? bagaimanakah cara ia membiak?








saya tinggalkan anda dengan persoalan di atas... ada masalah, kita berbincang ya...

diingatkan di sini, kita jangan kedekut ilmu tau... kongsilah pengetahuan dengan kawan kita... till next time...

Rabu, 12 September 2012

Induk dan Anak2

hello.... dah sampai kita kepada post yang seterusnya.... mulai skrg, kita akan mula mengkaji serba sedikit mengenai pembiakan haiwan... sebelum kita pergi lebih jauh lagi, mari kita uji pengetahuan kita mengenai haiwan dahulu... takpe... kalau tak tahu, kita boleh cuba.... kita main suai gambar pada hari ini tau...

caranya mudah je... kita cuba padankan anak-anak haiwan yang diberi, dengan gambar induknya.... cuba suaikan dulu ya... baru kita tengok jawapannya di bawah...

Anak-anak Haiwan

Gambar 1
Gambar 2

Gambar 3
Gambar 4
Induk Haiwan

Gambar A
Gambar B
Gambar C

Gambar D


dah dapat jawapannya? mudah ja kan? ok... jawapan kat bawah ni:

Gambar 1 - Gambar B
Gambar 2 - Gambar C
Gambar 3 - Gambar A
Gambar 4 - Gambar D

kalau anda hebat, sila berikan nama kepada semua haiwan yang dinyatakan dalam setiap gambar tu... try la ya.. tak tahu, boleh tanya pada guru atau ibu bapa...

okay lah... sampai sini dulu untuk hari ini... nanti kita akan berbincang bagaimana haiwan-haiwan di atas membiak ya... baca-bacalah dulu kalau sempat ya...

ingat... kalau dah tau ni, banyak-banyakkan berkongsi dengan kawan-kawan tau..... jumpa lagi...

Selasa, 11 September 2012

Pertahanan Diri Haiwan Daripada Cuaca Yang MELAMPAU?? Booleh ke???!!

sebelum ni, kita dah tengok macam mana haiwan melindungi diri daripada musuhnya (pemangsa), apa kata kali ni kita tengok plak bagaimana haiwan melindungi diri daripada cuaca yang melampau (EXTREME WEATHER)..

eh.. jap2... apa itu cuaca yang melampau?? mesti nak tau kan?? btol tak?? ahahahahaha.....

cuaca yang melampau ni, contohnya macam kat gurun... kalau kita sebut pasal gurun, kita akan terbayangkan cuaca yang sangat2 panas... kan? haa.... sebenarnya, ada juga gurun yang sangat2 sejuk tau... tapi, kawasan gurun yang sangat2 sejuk ni disebut sebagai TUNDRA... *ape yang awak merepek ni?? ada gurun sejuk pulak??*

relax.. chill out!! sebenarnya gurun tu sendiri bermaksud kawasan yang mempunyai suhu yang melampau... boleh jadi, gurun itu kawasan yang terlampau sejuk, atau terlampau panas...

dah.. cukup2... kita pergi dulu ke persoalan yang sebenar... betul ke ada haiwan boleh hidup di kawasan yang terlalu panas, atau terlalu sejuk??? serius??

okay2... kita tengok gambar ni dulu...

snowy owl

arctic fox

arctic hare

camels

jerboa


















haa... dah tengok macam2 binatang kat atas?? perasan tak ada ciri-ciri unik pada haiwan tu, yang tak sama dengan haiwan di tempat kita *Malaysia la tuu*

kita ambil satu contoh okay...

tgk gambar jerboa yang last skali tu? haa... haiwan ni tinggal di gurun yang panas macam gurun sahara... perasan tak telinga dia yang besar tu? kenapa ya telinga dia besar macam tu??
haa..... mesti nak tau kan kenapa telinga dia besar macam tu... ada sebab Tuhan jadikan makhluk ini macam tu.. telinga besar itu sebenarnya berfungsi untuk membebaskan haba badannya dengan lebih cepat.. kalau tak, jerboa ini akan mati kepanasan di gurun yang sangat2 panas...

kalau kita tengok gambar arctic fox (musang artik) pulak, kita akan dapati bulunya sangat2 tebal.... tau tak kenapa? haa... nampak tak persekitaran musang tu yang berwarna putih.. itulah salji di artik... salji ni sejuk... jadi, bulu yang tebal itulah yang membantu memerangkap haba dan mengelakkan musang itu daripada kesejukan... hebat kan ciptaan Tuhan ini? kalau makhluk-Nya hebat, sudah pasti Pencipta makhluk ini lebih hebat lagi Maha Bijaksana...

haa... sekarang ni, boleh tak kesan ciri-ciri unik yang lain pada haiwan dalam gambar di atas?? kalau tak tahu, bolehlah bertanya kepada guru-guru atau rakan-rakan ye... tak pun, komen je kat bawah ni.. kita bincang sama2 ya.... jangan lupa untuk pergi ke perpustakaan untuk membaca lebih lanjut tentang haiwan-haiwan lain yang lebih banyak di atas muka bumi ni... Internet pun banyak jugak maklumat...

ingat, kalau dah dapat banyak pengetahuan, sebar-sebarkan pada rakan-rakan ya...

p/s: carilah apa itu kawasan tundra jugak tau...

Isnin, 10 September 2012

Haiwan Pertahankan Diri Daripada MUSUH? Macam Mana tu??

okay2.... post yang pertama ni, kita tengok macam mana haiwan mempertahankan diri... sebelum penjelasan dibuat, apa kata kita tengok dulu video ni.... *check it out y'all*



haa... dah tengok video tu kan?? jom kita try ingat semula dan cuba kaitkan dengan apa yang hendak dikongsi pada hari ini...

bagaimana haiwan mempertahankan diri???

ada banyak cara haiwan mempertahankan diri tau... bila kita kata banyak tu, memang banyak la...

sebagai contoh:

kura-kura : mempunyai cangkerang yang keras... fungsinya mudah ja... untuk mengelak daripada dimakan oleh pemangsa.. kura-kura jalan slow sangat.. jadi, kalau diserang pemangsa macam harimau, kura-kura boleh bersembunyi di dalam cangkerangnya...

bukti?? tengok gambar ni...
sampai berlumut cangkerang dia tu.. tanda dah tua kura-kura ni.. hidup lama...


selain itu, ada banyak lagi cara lain haiwan mempertahankan diri... sampai ada yang kita sendiri tidak jangka... pernah dengar tentang kata beracun? bila cakap pasal katak, mesti ada antara kita yang kata, "ewww!! takda benda lain ke nak carita?".... haa.... kita kan nak berkongsi ilmu.. jom kita tengok lagi satu video.... pasal katak beracun...


hehehe... tapi takda pun tunjuk katak ni kena makan dengan ular?? burung helang?? mesti ada yang nak fikir macam tu... ingat.. katak ni beracun, dan takda binatang yang berani dekat dengan katak ni.. sebab tu dia hidup senang lenang dan selamat...

okay... mesti nak tau lebih lagi kan tentang bagaimana haiwan mempertahankan diri betul tak?
so... apa lagi.. bukak buku di library, cari di internet tau.. banyak lagi yang kita boleh dapat...

jangan lupa!! bila ada sedikit ilmu, kongsi-kongsilah dengan kawan-kawan dan orang lain...

nanti kita bincang2 lagi okay?!! daaa~


Salam perkenalan

it's me..


selamat sejahtera dan salam satu planet...

sebelum menulis dengan lebih banyak *banyak ke??*, saya nak memperkenalkan diri saya dahulu...
nama diberi, Muhammad Azri bin Md Rashid.. saya menuntut ilmu pendidikan di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, K.L... nak jadi cikgu la ni... *ceeewahhh*

tak perlulah saya memperkenalkan diri dengan lebih panjang memandangkan anda akan mengenali saya melalui cara penulisan blog saya selepas ini...

blog ini dibina bertujuan untuk memberi, berkongsi dan mendalami ilmu2 berkaitan subjek Sains yang diajar di sekolah di samping menyempurnakan tugasan untuk semester 8...

menepati tajuk besar blog ini, memang blog ini diketengahkan bagi memberi dan berkongsi info tentang dunia haiwan (animal kingdom)... so... let's check it out y'all... *yeah2!!!*