Selasa, 11 September 2012

Pertahanan Diri Haiwan Daripada Cuaca Yang MELAMPAU?? Booleh ke???!!

sebelum ni, kita dah tengok macam mana haiwan melindungi diri daripada musuhnya (pemangsa), apa kata kali ni kita tengok plak bagaimana haiwan melindungi diri daripada cuaca yang melampau (EXTREME WEATHER)..

eh.. jap2... apa itu cuaca yang melampau?? mesti nak tau kan?? btol tak?? ahahahahaha.....

cuaca yang melampau ni, contohnya macam kat gurun... kalau kita sebut pasal gurun, kita akan terbayangkan cuaca yang sangat2 panas... kan? haa.... sebenarnya, ada juga gurun yang sangat2 sejuk tau... tapi, kawasan gurun yang sangat2 sejuk ni disebut sebagai TUNDRA... *ape yang awak merepek ni?? ada gurun sejuk pulak??*

relax.. chill out!! sebenarnya gurun tu sendiri bermaksud kawasan yang mempunyai suhu yang melampau... boleh jadi, gurun itu kawasan yang terlampau sejuk, atau terlampau panas...

dah.. cukup2... kita pergi dulu ke persoalan yang sebenar... betul ke ada haiwan boleh hidup di kawasan yang terlalu panas, atau terlalu sejuk??? serius??

okay2... kita tengok gambar ni dulu...

snowy owl

arctic fox

arctic hare

camels

jerboa


















haa... dah tengok macam2 binatang kat atas?? perasan tak ada ciri-ciri unik pada haiwan tu, yang tak sama dengan haiwan di tempat kita *Malaysia la tuu*

kita ambil satu contoh okay...

tgk gambar jerboa yang last skali tu? haa... haiwan ni tinggal di gurun yang panas macam gurun sahara... perasan tak telinga dia yang besar tu? kenapa ya telinga dia besar macam tu??
haa..... mesti nak tau kan kenapa telinga dia besar macam tu... ada sebab Tuhan jadikan makhluk ini macam tu.. telinga besar itu sebenarnya berfungsi untuk membebaskan haba badannya dengan lebih cepat.. kalau tak, jerboa ini akan mati kepanasan di gurun yang sangat2 panas...

kalau kita tengok gambar arctic fox (musang artik) pulak, kita akan dapati bulunya sangat2 tebal.... tau tak kenapa? haa... nampak tak persekitaran musang tu yang berwarna putih.. itulah salji di artik... salji ni sejuk... jadi, bulu yang tebal itulah yang membantu memerangkap haba dan mengelakkan musang itu daripada kesejukan... hebat kan ciptaan Tuhan ini? kalau makhluk-Nya hebat, sudah pasti Pencipta makhluk ini lebih hebat lagi Maha Bijaksana...

haa... sekarang ni, boleh tak kesan ciri-ciri unik yang lain pada haiwan dalam gambar di atas?? kalau tak tahu, bolehlah bertanya kepada guru-guru atau rakan-rakan ye... tak pun, komen je kat bawah ni.. kita bincang sama2 ya.... jangan lupa untuk pergi ke perpustakaan untuk membaca lebih lanjut tentang haiwan-haiwan lain yang lebih banyak di atas muka bumi ni... Internet pun banyak jugak maklumat...

ingat, kalau dah dapat banyak pengetahuan, sebar-sebarkan pada rakan-rakan ya...

p/s: carilah apa itu kawasan tundra jugak tau...

1 ulasan:

  1. Las Vegas' Wynn Casino - JTM Hub
    Casino. Wynn is a $4 바카라 사이트 billion resort with www.jtmhub.com four hotel towers with 5,750 rooms nba매니아 and suites. Each herzamanindir of the hotel towers includes a 20,000 square foot casino and 토토 a

    BalasPadam