ok lah... kalau kita kata tentang pembiakan, mesti yang terlintas dalam fikiran kita, ada baby (anak) yang baru lahir kan?? kan??
yess.... bila sebut tentang pembiakan haiwan, secara langsung kita akan bercerita mengenai anak-anak haiwan yang baru lahir.... dan juga yang baru menetas *daripada telur la tu...*
ok2... sekarang kita dah tau, haiwan membiak melalui dua cara, iaitu sama ada melalui bertelur atau melahirkan anak....
jadi, kat bawah ni, ada beberapa ekor haiwan... agak2 la, apakah cara mereka membiak?
ayam |
penyu |
ikan |
ular |
yess!!! mesti ramai yang dah tau kan... mestilah haiwan-haiwan di atas ni............BERTELUR!!! Pandai!!
kalau macam tu, haiwan kat bawah ni macam mana pulak?
harimau |
zirafah |
beruang panda |
orang utan |
dah tau kan jawapannya? of course.... haiwan2 ini membiak dengan cara MELAHIRKAN ANAK....
jadi, persoalannya sekarang, kenapa haiwan ini perlu membiak?? jeng3x!!! *surprise tak?*
mudah sahaja... haiwan-haiwan ni hendak mengekalkan kemandirian spesiesnya... tujuan mengekalkan kemandirian spesies agar spesies mereka tidak pupus di muka bumi ini... dalam kata lain, haiwan ini hendak mempunyai waris yang akan tinggal di atas bumi.... macam kita (manusia) jugak kan... mak melahirkan kita supaya kita dapat terus hidup di muka bumi.. kita pulak nanti akan melahirkan anak *bagi perempuan laaa...* untuk memastikan kemandirian spesis kita....
erm.... ada satu kemusykilan....
tgk gambar ni....
apakah nama haiwan ini? bagaimanakah cara ia membiak?
saya tinggalkan anda dengan persoalan di atas... ada masalah, kita berbincang ya...
diingatkan di sini, kita jangan kedekut ilmu tau... kongsilah pengetahuan dengan kawan kita... till next time...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan